Panasnya Hari Ini

Bajet 2016: Peruntukan Bertambah RM6.5 Bilion

KUALA LUMPUR: Pembentangan Bajet 2016 pada hari ini menunjukkan peruntukan yang diluluskan adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM 267.2 bilion berbanding RM 260.7 bilion sebelum ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak peruntukan tersebut akan terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk perbelanjaan pengurusan sebanyak RM215.2 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM52 bilion.

Beliau menyatakan bahawa dalam peruntukan pengurusan, RM70.5 bilion adalah untuk Emolumen dan RM36.3 bilion adalah untuk perkhidmatan dan bekalan.

Selain itu, sebanyak RM106.6 bilion diperuntukan untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM761 juta diperuntukan untuk Pembelian Aset. Baki RM1 bilion pula adalah untuk perbelanjaan lain.

Dalam sektor pembangunan pula, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi iaitu sebanyak RM30.1 bilion, diikuti oleh sektor sosial RM13.1 bilion merangkumi pendidikan dan latihan, kesihatan, perumahan serta kesejahteraan masyarakat.

Manakala, sektor keselamatan pula diperuntukan sebanyak RM5.2 bilion.

RM1.6 bilion diagihkan kepada sektor pentadbiran am dan simpanan luar jangka pula adalah sebanyak RM2 bilion.

Najib menyatakan kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2016 dianggarkan sebanyak RM225.7 bilion, yakni peningkatan sebanyak RM3.2 bilion berbanding tahun lepas.

Beliau juga menjangkakan penguncupan defisit Kerajaan kepada 3.1 peratus pada tahun hadapan selepas mengambil kira unjuran hasil dan perbelanjaan Kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");