Sukan Hari Ini

Lela tarik diri, sakit belakang

Kuala Lumpur: Atlet terjun negara Pandelela Rinong (gambar) tidak akan mengambil bahagian di Kejohanan Grand Prix FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil bermula hari ini.

Pandelela yang sudah menempah slot ke Sukan Olimpik 2016 Rio mengalami kecederaan belakang ketika berlatih semalam dan dia dinasihatkan berehat oleh Institut Sukan Negara (ISN).

Setiausaha Agung Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), Mae Chen berkata, beliau ada mendengar Pandelela mengalami kecederaan tetapi belum dapat mengetahui puncanya.

“Kami masih belum tahu punca kecederaan itu sehingga dia melakukan imbasan esok (hari ini). Saya sekarang masih berada di Sarawak dan dia (Pandelela) sentiasa berhubung dengan saya,” katanya.

Jelasnya, perkara itu bukan baru kerana Pandelela sebelum ini juga pernah mengalami kecederaan belakang.

“Kejohanan esok bukan untuk kelayakan ke Sukan Olimpik, jadi dia boleh berehat dan selepas itu membuat persiapan untuk Olimpik,” katanya.

Pandelela yang sepatutnya mengambil bahagian acara 10 meter platform hari ini namun tidak ada wakil negara bagi acara berkenaan kerana Nur Dhabitah Sabri hanya akan menggantikannya bagi 10 meter platform seirama.

Ditanya sama ada kejohanan berkenaan mungkin dibatalkan jika jerebu teruk, Mae Chen berkata, setakat ini semuanya berjalan mengikut jadual.

“Kejohanan ini tetap akan berlangsung. Kejohanan ini bukan acara berprofil tinggi dan jerebu tidak akan memberi kesan teruk kepada atlet,” katanya.

Atlet terjun negara lain yang akan mengambil bahagian ialah Ahmad Amsyar Azman, Chew Yi Wei, Muhammad Syafiq Puteh, Cheong Jun Hoong, Wendy Ng, Jasmine Lai dan Leong Mun Yee.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");