Perak Hari Ini

Belum Discovery Centre, Tarikan Terbaru di Royal Belum

GERIK: Belum Discovery Centre (BDC) yang baru dibuka kepada umum pada awal tahun ini merupakan tarikan terbaru yang terdapat di Royal Belum.

Ia merupakan inisiatif Penasihat  Yayasan Pulau Banding, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar dengan  kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD).

Terletak di Lebuhraya Timur-Barat, BDC mudah diakses melalui jalanraya dengan kedudukan strategik dimana ianya terletak bersebelahan Pusat Penyelidikan Hutan Hujan Tropika.

Dengan menelan kos pembinaan berjumlah RM1.8 juta, BDC telah menyediakan pelbagai kemudahan termasuk bahan pameran yang terdiri daripada hidupan liar, spesis ikan air tawar, serangga, komuniti dan cara hidup Orang Asli, kraftangan dan juga haiwan yang telah diawet.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pulau Banding, Datuk Dr Abdul Rashid Ab Malik, , BDC telah menyediakan pameran terbuka dan interaktif yang mana pengunjung dapat mengetahui lebih lanjut mengenai flora dan fauna yang terdapat di Hutan Hujan terutamanya di kawasan Royal Belum serta Temengor.

PERAK TODAY 1

“Kami ingin menjadikan BDC sebagai pusat sumber nasional untuk Hutan Hujan Tropika yang mana penyelidik, pihak konservasi, para akademik, ahli-ahli sains atau sesiapa yang berminat boleh menggunakan data yang dikumpulkan dan kepakaran kolektif kami di pusat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian BDC di sini, hari ini.

Majlis telah dirasmikan oleh Penasihat  Yayasan Pulau Banding , Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar bersama dengan Ahli Majlis Tertinggi YSD, Caroline Christine Russel.

PERAK TODAY 4

Selain itu, ujarnya lagi, BDC juga telah menyediakan aktiviti pendidikan alam sekitar dan biodiversiti untuk pengunjung yang hadir ke situ.

“Sasaran utama kita adalah diperingkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah serta pelajar universiti.

“Lebih daripada sekadar sebuah muzium, BDC juga merupakan pusat pembelajaran ‘hands-on’ yang menggalakkan aktiviti menyentuh, merasa, mengambil dan mengendalikan bahan pameran,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, BDC mempunyai potensi tinggi sebagai hab pendidikan dan promosi biodiversiti kerana ianya terletak bersebelahan dengan jeti awam Perbadanan Taman Negeri Perak yang masih dalam peringkat pembinaan.

PERAK TODAY 6

“Pengunjung yang hendak ke Hutan Royal Belum-Temengor melalui jeti awam tersebut boleh singgah ke BDC intuk mendapatkan maklumat awal tentang apa yang terdapat di Hutan tersebut,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah pun mengadakan perbincangan dengan Bahagian Biodiversiti di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) untuk mengiktiraf BDC sebagai salah satu daripada enam Pusat Penerokaan Hutan Hujan Tropika (RDC).

PERAK TODAY 7

“Saya yakin BDC boleh memenuhi kesemua syarat-syarat yang ditetapkan dalam kriteria dan keperluan interpretatif yang digunapakai di peringkat NRE dalam penubuhan RDC bagi kategori Kecil/Gateway.

“Saya berharap supaya NRE dapat membuat penilaian terhadap BDC agarianya dapat diiktiraf sebagai RDC dalam masa terdekat.

BDC dibuka kepada orang ramai mulai jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");