Jenayah

Bukan di Seremban 2

Seremban: Polis menafikan gambar penemuan mayat kanak-kanak yang dipercayai dibunuh sebelum dicampak di bawah jambatan Uptown S2, Seremban 2, di sini, yang tersebar dan menjadi viral di Facebook dan WhatsApp.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Abdul Rahim Daud berkata, tiada kes sepertima diperkatakan dalam laman sosial itu sebaliknya foto yang dimuat naik diperoleh dari luar negara.

Katanya, tindakan itu melampau kerana menyebarkan berita yang tidak benar.

“Semua ini karut dan tidak berasas.

“Kita (polis) mendapati pemilik laman sosial sewenang-wenangnya menyebarkan berita tidak benar sehingga meresahkan ibu bapa dan masyarakat,” katanya.

Katanya lagi, pemeriksaan bersama semua Ketua Balai Polis mendapati tiada kes seperti diperkatakan.

Pemantauan di laman Facebook itu mendapati tersebar dakwaan mayat kanak-kanak dipercayai diculik sebelum dibunuh sebelum dicampak bawah jambatan.

Mayat yang diikat dibahagian tangan ditemui bersama kasut sekolah serta barangan permainannya.

“Kita (polis) akan menyiasat perkara ini,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");