Berita Hari Ini

Butiran Rundingan TPPA Perlu Diperjelaskan Kepada Rakyat – Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Butiran mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dirumuskan baru-baru ini perlu diperjelaskan kepada rakyat Malaysia supaya mereka tahu bagaimana ia akan memberi kesan kepada orang ramai, kata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata rakyat Malaysia tidak mahu terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan seperti produk farmaseutikal berikutan TPPA dirumuskan pada Isnin.

“Saya yakin Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjelaskan butiran mengenai TPPA di Parlimen,” katanya selepas berkunjung ke rumah mangsa kebakaran di Kampung Simunul, Semporna pada Selasa.

Shafie yang juga Naib Presiden Umno berkata beliau yakin Mustapa yang mengetuai Malaysia dalam rundingan tersebut di Atlanta telah melakukan yang terbaik untuk rakyat di negara ini.

Mustapa berkata rundingan tersebut bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia seperti isu pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.

Katanya, Malaysia tetap tegas bahawa TPPA tidak seharusnya menghalang akses orang ramai kepada ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan yang mampu milik, dan pada masa yang sama, memastikan insentif yang perlu untuk pencipta farmaseutikal menghasilkan ubat-ubatan baharu.

Malah, beliau amat yakin TPPA akan membolehkan Malaysia mempromosikan lagi agenda perdagangan dan pelaburan serta membantu mengurangkan cabaran ekonomi global.

“Pengeksport Malaysia akan mendapat kelebihan daya saing berbanding pesaing serantau dalam mengeksport produk dari sektor elektrik dan elektronik, bahan kimia, barangan minyak sawit, keluaran getah, barangan kayu, tekstil, dan juga bahagian dan komponen automotif,” kata Mustapa.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");