Panasnya Hari Ini

Chegubard Pertahan Dakwaan Kartel Azmin Cuba Malukan Wan Azizah

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan ingin menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Badrul Hisham Shaharin tetap mempertahankan dakwaan yang dilakukannya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard dan merupakan ahli PKR seumur hidup berkata, beliau tetap yakin bahawa Azmin dan penyokongnya yang digelar Kartel Azmin telah merancang sesuatu untuk menjatuhkan Wan Azizah sebagai Presiden.

Terdahulu, beliau mendakwa, menerusi blognya, bahawa satu ampasan kuasa atau coup de’etatakan dilakukan menerusi petisyen untuk memaksa satu Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) khas bagi menarik semula penglibatan PKR dalam Pakatan Harapan.

Dakwa beliau lagi, rancangan yang dilakukan oleh penyokong Azmin itu dengan jelas menunjukkan bahawa terdapat rancangan untuk menjatuhkan Wan Azizah.

Tambahnya lagi, perkara itu boleh dilihat apabila pada tahun 2014, Azmin menafikan dakwaan dituduh melobi untuk menjadi Menteri Besar Selangor ketika krisis yang melanda negeri itu.

“Azmin boleh nafi dan berikrar taat setia kepada Wan Azizah tetapi dibelakang tadbir, dia lobi sehingga jadi Menteri Besar Selangor.

“Keadaan sama berlaku sekarang, Azmin boleh menafikan tetapi saya tetap percaya dia mahu memalukan Wan Azizah dan merampas kuasa,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Jelas Chegubard lagi, jika Azmin tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memalukan Wan Azizah, mengapa mesyuarat MPP perlu diadakan pada hujung minggu ini.

Tambahnya, perkara tersebut boleh dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik atau Mesyuarat Bulanan MPP.

“Kalau sekadar nak bincang atau ingin kukuhkan parti sepatutnya kamu tunggulah, Mesyuarat Biro Politik PKR, seminggu sekali atau mesyuarat MPP sebulan sekali.

“Kalau MPP mengambil keputusan ‘u-turn’ dan tidak menyokong Pakatan Harapan, di mana Wan Azizah hendak letak muka? Maka ini jelas satu usaha undi tidak percaya kartel Azmin ke atas Wan Azizah,”ujarnya.

Menurut laporan Free Malaysia Today lagi, beliau turut mendakwa terdapat gerakan dalam kalangan pemimpin dan aktivis parti itu akan menubuhkan parti baharu.

Dakwanya, beliau mendapat maklumat tersebut daripada seorang individu dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan di Putrajaya telah hadir untuk mendaftarkan parti itu, minggu lalu dan seramai 13 orang telah hadir untuk mendaftarkan parti baharu itu.

“Saya cuba dapatkan butiran lanjut dan dikenal pasti antaranya ialah individu yang mengaku sebagai Presiden Akar Umbi Keadilan yang kini memegang jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, Pengarah Pilihanraya DUN Bukit Antarabangsa dan beberapa orang lain yang masih memegang jawatan di peringkat Pusat.

“Cuma pelik kerana apa relevannya tindakan ini? Ramai mungkin menuduh mereka ejen UMNO tetapi jika ia usaha musuh kenapa dibuat secara senyap?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");