Jenayah

Pondok Gelang Mas terbakar

Pasir Mas: Lebih 60 pondok Addiniah Al-Yusufiah Gelang Mas, di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 8.15 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Mohd Nazri Abdul Wahab berkata, ketika kejadian, semua pelajar pondok sedang mengaji al-Quran di dalam masjid.

Katanya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.24 malam dan seramai 24 anggota masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas (10), Balai Bomba dan Penyelamat Tunjong (8) dan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu (6), dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Api merebak terlalu cepat kerana struktur pondok yang dibina daripada kayu dan berdekatan satu dengan lain.

“Kita berjaya mengawal kebakaran dalam masa 30 minit,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Kita masih menyiasat punca kejadian sebenar dan kerugian,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");