Perak Hari Ini

Ditinggal Rakan, Pencuri Berjaya Diberkas

IPOH: Pihak Polis bahagian Bidor berjaya menangkap seorang pencuri motosikal ketika dalam satu rondaan cegah jenayah di sini, 2 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak Din Kelia berkata tangkapan itu dibuat setelah anggota bertugas ternampak dua orang lelaki sedang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber, kedua-dua penjenayah berkenaan bertindak cuba melarikan diri apabila ternampak kehadiran anggota polis dan meninggalkan motosikal mereka di tengah jalan.

“Hanya salah seorang pencuri yang berjaya ditangkap manakala rakannya berjaya melarikan diri ke arah Jalan Bruseh Bidor dan menghilangkan diri”, ujar sumber.

Hasil pemeriksaan anggota bertugas mendapati nombor pendaftaran motosikal yang digunakan pesalah adalah palsu dan terdapat peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri motosikal di simpan dalam raga motosikal berkenaan.

Pihak Polis turut bertindak merampas motosikal dan beg yang mengandungi peralatan mencuri motosikal setelah pesalah gagal memberi apa-apa penjelasan.

Jelasnya lagi, pesalah tersebut turut mengaku telah bertindak mengubah nombor pendafaran dengan tujuan untuk mencuri motosikal dan untuk rekod, pesalah mempunyai tiga rekod kesalahan lampau.

Tertuduh didakwa dibawah seksyen 108 (3) F Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.

Seorang lagi penjenayah yang berjaya melarikan diri hanya dikenali sebagai ‘Afzan’ masih lagi sedang giat dikesan oleh pihak Polis.

Pihak polis berharap sekiranya orang ramai yang mempunyai apa-apa maklumat mengenai kes jenayah untuk menghubungi dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tapah, ASP Md Nasir Fadzir di talian 05-4015222 atau terus menghantar sms kepada Rakan COP 32728 ataupun balai-balai polis berdekatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");