Perak Hari Ini

Lelaki Dikhuatiri Lemas Dijumpai Mati

TAPAH: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas dalam satu kejadian yang berlaku awal pagi tadi telah dijumpai.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw, mangsa, Norhazarina Nordin ditemui kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Mangsa sebelum itu dipercayai terlibat dalam kemalangan yang berlaku di jalan Bidor-Kg Poh dan telah tercampak ke dalam sungai sebelum dihanyutkan oleh arus deras,” katanya.

Beliau berkata, mangsa telah ditemui oleh pasukan menyelamat kira-kira jam 11.20 pagi.

Ujarnya lagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dijalankan kira-kira jam 8.30 dengan disertai oleh 59 orang anggota.

“Antara yang terlibat adalah Polis Diraja Malaysia (PDRM), bomba, anggota Rela, PGA, dan juga JPAM.

“Mangsa telah dijumpai kira-kira jam 11.20 pagi di sungai berhampiran Taman Cagar Tambahan,” katanya lagi.

Tambahnya, mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");