Sukan Hari Ini

Gambaran sebenar Harimau Malaya

PENGENDALI sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Laos akan memberi gambaran kekuatan dan kelemahan Harimau Malaya.

Jelasnya, kuota enam pemain yang dibenarkan pertukaran semasa perlawanan ini akan digunakan sepenuhnya bagi melihat keserasian dan keberkesanan corak permainan.

“Perlawanan ini akan menentukan kelemahan mahu pun kekuatan pasukan untuk terus dipertingkatkan, kedudukan kita dengan Laos pun tidaklah begitu jauh jadi kita tidak boleh pandang mudah dan perlu sentiasa berusaha.

“Buat masa ini belum ada bayangkan kesebelasan utama pasukan, Cuma seperti yang saya katakan tadi saya akan membuat enam pertukaran pemain sebagaimana yang dibenarkan,” katanya.

Kim Swee juga mengakui kemenangan perlu dicari untuk menaikkan semangat pemain menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Timor Leste di Dili, 13 Oktober nanti.

“Sudah pastinya jika kemenangan dicapai ia satu tonik buat pemain, namun saya telah mengingatkan ia bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan atau berpuas hati.

“Kita perlu kekalkan karakter ketika menentang Arab Saudi, 8 September lalu, berdisiplin dan tidak pernah berputus asa,” jelasnya.

Sementara itu bekas penyerang kebangsaan Safee Sali yang dipanggil bersama skuad kebangsaan kali ini tekad membalas kepercayaan diberikan jurulatih terutamanya memastikan gawang lawan dibolosi.

“Keyakinan saya dan rakan begitu tinggi, walaupun lama tidak beraksi dengan skuad kebangsaan saya nekad membuktikan kemampuan membantu Harimau Malaya.

“Kami mahukan keputusan positif dicapai kerana ia penting menjelang aksi menentang Timor Leste,” katanya.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");