Perak Hari Ini

Maut Rempuh Lori Simen

TAPAH: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan yang berlaku di Kilometer (KM) 312 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Selatan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) berkata, kemalangan yang melibatkan kereta yang dipandu oleh mangsa telah melanggar bahagian belakang lori simen berkenaan.

Ujarnya, mangsa  berusia 25 tahun yang dipercayai seorang anggota polis telah meninggal dunia ditempat kejadian.

“Pihak BBP Tapah telah menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.42 pagi tadi dan segera bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya disana, anggota mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dengan sebuah lori membawa muatan simen,” katanya.

Tambahnya, mangsa pula telah dikeluarkan oleh orang awam.

“Anggota kemudiannya membuat pembersihan dan pemantauan di lokasi berkenaan,” jelasnya lagi.

Operasi yang telah diketuai oleh PBK II R. Balaratnam tamat kira-kira jam 12 tengahari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");