Sukan Hari Ini

Mahu aksi bersih

Cardiff, Wales: All Blacks berharap perlawanan suku akhir Ragbi Piala Dunia menentang Perancis Ahad ini tidak dicemari ‘permainan kotor’ seperti yang berlaku pada pertembungan mereka sebelum ini.

Beberapa insiden berlaku ketika perlawanan akhir 2011 termasuk cuba mencungkil mata kapten All Blacks, Richie McGaw yang kemudiannya didakwa menghentak lututnya di belakang fly-half Perancis, Morgan Parra.

McCaw kemudiannya mendakwa Perancis ‘bermain kotor’ pada perlawanan akhir yang dimenangi All Blacks 8-7 dengan berkata: “Perancis begitu teruk bila mereka takut.”

Ketegangan meletus sebelum sepak mula apabila Thierry Dusautoir yang menyemarakkan semangat pasukan Perancis meluru ke arah All Blacks ketika mereka melakukan haka, menyebabkan Perancis didenda kerana melanggar protokol perlawanan.

Pada 1999, selepas Perancis menewaskan All Blacks pada separuh akhir, prop Franck Tournaire dituduh menggigit kapten All Blacks, Taine Randall tetapi tidak dikenakan tindakan.

Doktor pasukan New Zealand, John Mayhew turut mendakwa beberapa pemain All Blacks mengadu pemain lawan cuba mencungkil mata mereka, menanduk dan memegang kemaluan mereka.

Bagaimanapun backrower Kieran Read menyuarakan pandangan All Blacks tiada ruang untuk melakukan perkara itu dan tidak mahu ia berlaku ketika perlawanan kalah mati itu.

“Perlawanan ini tidak memerlukannya,” kata Read.

“Ini perlawanan hebat dan kami menunjukkan bakat yang dimiliki jadi kami akan bermain dengan keupayaan fizikal tapi dengan cara sebaik mungkin.

“Jika pasukan mula berbuat seperti itu anda perlu menyesuaikan diri secepat mungkin.”

-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");