Berita Hari Ini

Tiada kawasan catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara pagi ini secara umumnya semakin baik susulan keadaan jerebu yang beransur pulih.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini, namun terdapat 25 lokasi dengan bacaan IPU sederhana.

Antaranya ialah Pelabuhan Klang (84), Shah Alam (80), Larkin Lama (70), Banting dan Pasir Gudang (70), Putrajaya (69), Cheras (62), Samarahan (54), serta Kota Kinabalu dan Seberang Jaya 2 di Perai (54).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");