Perak Hari Ini

MBI Anjur Hari Tanpa Kereta 18 Oktober ini

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjemput semua wargakota dan rakyat negeri Perak untuk bersama-sama menjayakan program yang dikenali sebagai Ipoh Car Free Day (CDF) atau Hari Tanpa Kereta di Ipoh  pada 18 Oktober ini.

Menerusi kenyataan media MBI Datuk Bandar Ipoh Datuk Zamri Man berkata program berkenaan yang masih lagi dalam tempoh percubaan dijangka berlangsung selama tiga jam iaitu pada 7 hingga 10 pagi.

Program CDF  itu adalah bertujuan menjadikan Bandar Raya Ipoh sebagai Bandar Rendah Karbon dan seterusnya mewujudkan Komuniti Rendah Karbon dikalangan wargakota.

Sementara itu ianya juga adalah sebagai langkah untuk mengalakkan gaya hidup sihat serta menyediakan ruang yang sesuai untuk berinteraksi bagi mempertingkatkan hubungan diantara wargakota disamping mengisi cuti hujung minggu dengan aktiviti bersama keluarga.

Laluannya meliputi Jalan Raja DiHilir diantara Bulatan Sultan Yussuf (berhampiran Kediaman  Menteri Besar Perak) hingga ke Bulatan Sultan Iskandar (berhampiran Jalan Towers), Jalan Kelab Golf ( dari persimpangan Jalan Tun Suffian (Jalan Brash) sehingga Jalan Raja DiHilir) dan Jalan Watson Jalan Dato Seri Shaari (Jalan Garland).

Manakala bagi jarak laluan melibatkan Laluan Jalan Raja DiHilir – 1.7 km sehala, jarak dua hala adalah 3.4 kilometer, Laluan Jalan Kelab Golf / Jalan Watson/ Jalan Dato seri Shaari ( Jalan Garland)  sekitar 2.5 kilometer.

Semua wargakota samaada agensi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) atau individu adalah digalakkan melakukukan  pelbagai aktiviti secara santai seperti yang dibenarkan ketika laluan diutup untuk penganjuran CFD.

Antaranya aktiviti yang disarankan adalah seperti berbasikal, berjalan kaki, berkasut roda, papan selaju (skateboard), senamrobik, berkuda dan sebarang aktiviti yang sesuai di jalanan.

Antara agensi yang dijangka turut serta dalam  aktiviti  ini adalah seperti Hospital KPJ iaitu Pemeriksaan Kesihatan dan Senamrobik;Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak, Senam Seni;Perpustakaan Negeri bagi acara Kanak-Kanak;Persatuan Interaksi Kebudayaan Malaysia (MICA) dengan kayuhan percuma basikal tandem.

MBI juga katanya telah mengadakan perbincangan dengan semua yang terlibat dengan penutupan jalan bagi melaksanakan CFD.

“Datanglah beramai-ramai bersama keluarga untuk beriadah di atas jalan yang sibuk tetapi pada hari tersebut menjadi sebuah kawasan rekreasi awam untuk semua lapisan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan itu lagi.

Tambahnya lagi, aktiviti ini dijangka  akan dijalankan pada setiap bulan kelak.

Antara persimpangan Jalan yang akan ditutup  ialah beberapa jalan yang menuju ke Jalan Raja DiHilir akan ditutup iaiatu Jalan Foo Choo Yit, Lebuh Lasam, Lorong Cheah Cheang Lim, Lorong Jennings, Jalan Dato Seri Shaari, Jalan Watson, Jalan Kelab Golf, Jalan Sturrock dan Jalan Caldwell.

Pengunjung juga digalakkan untuk datang ke kawasan CFD dengan cara berbasikal atau berjalan kaki.

Kemudahan tempat letak kereta juga disediakan bagi orang ramai yang menaiki kenderaan iaitu di Ipoh Parade, Kawasan Perniagaan Greentown, Padang Abdul Jalil, Padang Sultan Abdul Aziz, TLK Kelab Lumba Kuda, Kawasan berhampiran kawasan Hotel Seri Malaysia, sekitar kawasan Jalan Sturrock dan Jalan Jalan Caldwell.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");