Panasnya Hari Ini

PAS Dakwa Peguam Negara Gagal Kesan Masalah 1MDB

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Kegagalan Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali mengesan masalah yang dihadapi oleh syarikat pelaburan Negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipersoalkan oleh PAS malah Apandi juga dilihat seperti menuding jari kepada Bank Negara yang didakwanya sebagai cuai.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, nasib banyak pihak telah berubah disebabkan oleh 1MDB.

“Namun nasib 1MDB dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih kelihatan teguh kerana Peguam Negara tidak dapat menghidu masalah 1MDB.

“Ternyata hidung Peguam Negara tidak sesensitif Majlis Raja-Raja yang turut menggesa agar krisis 1MDB diselesaikan dengan cepat,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Tambahnya lagi, 1MDB masih tidak perlu berdepan dengan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ujarnya, Najib juga sehingga kini masih belum dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Jikalau semua kejadian ini dijadikan kayu ukur kepada 1MDB, ini boleh dikira sebagai krisis terbesar Negara,”jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin bersama-sama bagi mencari kebenaran berhubung skandal 1MDB dan berada dengan pihak pembangkang, terutamanya kumpulan pro-UMNO dan Barisan Nasional.

“Dalam sudut ini, PAS menegaskan kami mengalu-alukan kesudian mana-mana NGO untuk bersama pembangkang menentang UMNO dalam isu 1MDB dan kepentingan rakyat.

“Tapi PAS tidak akan sesekali mengadakan kerjasama politik dengan NGO yang bersentimenkan perkauman,”katanya.

Tuan Ibrahim turut menegaskan pahawa parti itu adalah musuh yang pertama kepada mana-mana NGO yang cuba untuk mengapi-apikan kaum dan agama.

Ujarnya, hal ini adalah kerana Islam melarang perkara tersebut dengan jelas.

“PAS akan menjadi benteng pertama menghalang NGO tersebut daripada merosakkan keharmonian kaum dengan politik perkauman yang melampau,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");