Jenayah

Polis lumpuhkan rangkaian seludup migran Bangladesh

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan satu rangkaian penyeludupan migran warga Bangladesh dari Indonesia ke negara ini dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Negeri Sembilan dan Selangor menerusi operasi yang dijalankan selama dua bulan.

Dalam operasi yang dijalankan mulai 13 Ogos sehingga Selasa lalu, seramai 64 ditahan, termasuk 46 migran warga Bangladesh serta 18 individu lain yang berperanan sebagai ejen, tekong, tukang angkut, penjaga rumah dan penghantar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata 18 individu berkenaan terdiri daripada 13 warga tempatan, empat warga Bangladesh serta seorang warga Indonesia dan sindiket itu dipercayai beroperasi sejak awal tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, enam adalah tekong darat, empat penghantar, masing-masing tiga tukang angkut dan penjaga rumah dan dua ejen, manakala 64 lain adalah migran warga Bangladesh.

“Turut dirampas dalam operasi itu adalah empat buah kenderaan, 46 pasport Bangladesh, 55 telefon bimbit, rantai besi, sebatang rotan, beberapa buku catatan serta wang tunai RM23,100,” katanya menerusi satu kenyataan, di sini, malam tadi.

Khalid berkata, hasil siasatan mendedahkan wujudnya kolaborasi antara rangkaian penyeludupan manusia di Bangladesh dan Indonesia dengan rangkaian di negara ini khususnya di Selangor.

Katanya, dalam tempoh 13 bulan dari Ogos 2014 hingga Ogos tahun ini, sejumlah 1,752 migran Bangladesh diseludup masuk ke Malaysia melalui rangkaian itu membabitkan transaski berjumlah antara RM20 juta dan RM30 juta.

Beliau berkata, semua tangkapan dibuat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdanganan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIP-SOM).

“Semua 46 migran yang ditahan dalam operasi terbaharu itu dan seorang penjaga rumah warga Bangladesh telah dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 29 September lalu.

“Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana memasuki negara ini tanpa permit sah. Mereka mengaku salah dan dihukum penjara enam bulan sebelum diusir.

“Selain itu, enam rakyat Malaysia dan dua Bangladesh dituduh di bawah ATIP-SOM 2007 atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Kata Khalid, lapan tangkapan lain, termasuk enam rakyat Malaysia sudah dan akan dikenakan tahanan mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959, manakala seorang lagi rakyat Malaysia dibebaskan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/89328

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");