Sukan Hari Ini

‘Soal keselamatan paling mustahak’

WISMA Putra dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) perlu memberi jaminan venue aksi antara Malaysia menentang Palestin di Stadium Antarabangsa Dora di Hebron, Palestin pada 12 November depan adalah selamat.

Jurulatih sementara Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata, soal keselamatan perkara paling penting bagi pasukan negara dalam menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

Beliau juga sebolehnya mahu perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali.

“Mengikut jadual, perlawanan seterusnya, kita akan bermain di Palestin. Soal keselamatan paling mustahak. Kita perlu jaminan daripada Fifa secepat mungkin.

“Saya difahamkan perlawanan antara Arab Saudi dan Palestin juga tidak akan diadakan di Palestin (perlawanan yang dijadual esok itu akan berlangsung di Jordan).

“Perkara ini demi keselamatan pemain dan pegawai yang terlibat nanti,” katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam kelmarin.

Pada masa ini, situasi di Palestin membimbangkan berikutan pencerobohan tentera Israel di negara berkenaan.

Mengenai perlawanan menentang Palestin, Kim Swee berharap skuad negara dapat menampilkan aksi terbaik untuk berada dalam kedudukan tiga pasukan terbaik dalam Kumpulan A.

“Peluang masih terbuka. Kita lupakan Piala Dunia seketika, tetapi fokus untuk layak ke Piala Asia,” katanya.

Malaysia kini berada di kedudukan keempat dalam Kumpulan A dengan mengutip tiga mata selepas menewaskan Timor Leste 1-0 dan perlu memburu sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam kumpulan untuk layak beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");