Jenayah

Tiada kesan cedera ditemui pada mayat

Kuala Lumpur: Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di dalam longkang di Kilometer 0.1, Lebuh raya Duke, di sini, kelmarin, tiada kesan kecederaan pada tubuh badannya.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, laporan bedah siasat yang diperolehi polis turut mendapati organ dalaman mangsa berada dalam keadaan baik.

“Punca kematian tidak dapat diketahui disebabkan mayat sudah mereput,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mayat lelaki berusia 30 tahun ditemui orang awam selepas terhidu bau busuk dari longkang di lokasi kejejadian.

Mangsa yang dikenali sebagai Danish Millan Sarath sebelum ini dilaporkan hilang sejak 1 Oktober lalu dan dipercayai mati kira-kira tiga hari lalu.

Difahamkan mangsa yang sudah mendirikan rumah tangga mempunyai dua anak masing-masing berusia empat dan lima tahun.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");