Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Punca Kepada Kontroversi – Arul Kanda

Foto:- MalaysiaKini

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan menjadi punca kepada segala kontroversi yang melanda syarikat pelaburan Negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dakwaan itu dibuat oleh Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandsasamy dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur.

Jelasnya lagi, isu 1MDB mula menjadi panas dan buah mulut orang ramai apabila mantan Perdana Menteri selama 22 tahun itu mula mempersoalkan ‘kehilangan’ dana sebanyak RM42 billion.

“Isu terbesar apabila Dr Mahathir mula mengeluarkan kenyataan mengenai kehilangan RM42 billion,”katanya, memetik laporan Malaysia Kini.

Mengulas lanjut, beliau tidak menafikan terdapat beberapa faktor lain (terhadap isu 1MDB), tetapi isu berkenaan semakin menjadi kontroversi selepas Tun Mahathir begitu lantang mengkritik 1MDB.

Kritikan yang dibuat oleh Tun Mahathir juga turut disokong oleh beberapa ahli politik UMNO yang lain seperti Datuk Khairuddin Abu Hassan dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apabila Dr Mahathir dan yang lain-lain yang sebelum ini ada kaitan dengan kerajaan memulakan kritikan, maka isu ini menjadi sangat kontroversi,”ujarnya.

Terdahulu, Tun Mahathir dengan lantang mengkritik syarikat tersebut menerusi blognya, chedet.cc dan juga melalui media sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");