Jenayah

8 maut akibat banjir di Arab Saudi

RIYADH: Angka kematian akibat hujan lebat dua hari serta banjir di barat Arab Saudi meningkat kepada lapan orang semalam, termasuk tiga kanak-kanak, kata pihak berkuasa keselamatan.

Agensi pertahanan awam berkata, kebanyakan mangsa yang maut datangnya dari kawasan Madinah, di barat pentadbiran diraja, di mana lima mayat mangsa ditemui.

Kelmarin, agensi itu berkata dua orang terkena kejutan elektrik di Jeddah, bandar kedua terbesar pentadbiran diraja itu dan seorang budak lelaki 11 tahun lemas di Yanbu, di bahagian utara.

Dengan kebimbangan lebih banyak hujan, jabatan pendidikan mengumumkan, sekolah di Jeddah yang ditutup sejak kelmarin akan kekal tutup sehingga hari ini.

Banjir mengorbankan 123 orang di bandar Laut Merah tahun 2009 dan kira-kira 10 orang dua tahun kemudian.

Banjir terbaru itu mencetuskan kritikan tajam di media sosial, di mana pengguna menghantar gambar banjir di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdulaziz Jeddah, yang kini menjalani proses pembesaran.

Lapan pesawat domestik mengalami kelewatan kelmarin akibat hujan.

Dalam hashtag, “Jeddah lemas”, pengguna Twitter Hassan al-Harthi mendakwa “lapangan terbang Jeddah gagal sebelum dibuka.” -AFP

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");