Panasnya Hari Ini

Gambar Nurul Izzah, Puteri Sulu Cetus Tanda Tanya

KUALA LUMPUR: Sekeping gambar yang menunjukkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersama dengan Puteri Sultan Sulu, Puteri Jacel Kiram telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Gambar tersebut telah diviralkan di media sosial dan turut dikongsi oleh pengguna dan orang ramai menuntut agar Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memberi penjelasan bagi mengelak spekulasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, penyebaran gambar itu merupakan satu isu sensitif bagi rakyat di negara ini.

Katanya, Nurul Izzah sepatutnya tidak membiarkan orang ramai membuat spekulasi yang tidak betul berhubung gambar tersebut.

“Benda itu (gambar dengan Puteri Sultan Sulu) memang sensitif. Nurul Izzah perlu sahkan gambar itu dan memberikan penerangan. Jangan bagi orang tidak membuat spekulasi yang tidak betul.

“Dia kena jelaskan sebab benda ini dah jadi viral,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pula enggan memberi sebarang komen berkaitan gambar tersebut.

“Kena tanya dia (Nurul Izzah)…saya tak tahu apa-apa mengenai perkara itu, saya tidak berada di sana. Saya bukannya suami dia,”jawabnya.

Gambar yang bertarikh 9 November itu ternyata menimbulkan tanda tanya orang ramai, tambahan pula, gambar tersebut jelas menunjukkan Izzah dan Puteri Jacel Kiram kelihatan mesra.

Terdahulu, Kesultanan Sulu menjadi isu sensitif di negara ini selepas peristiwa berdarah yang melibatkan pencerobohan bersenjata kumpulan dari Selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan beberapa anggoa keselamatan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");