Panasnya Hari Ini

Rakyat Akan Dapat Manfaat Jika PAS & UMNO Bergabung

KUALA LUMPUR: Rakyat mungkin mendapat manfaat sekiranya PAS dan UMNO bergabung sebagai satu parti politik baharu di Negara ini.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, PAS pada hari ini sudah mengalami perubahan berbanding dahulu.

“Jika kita fahami, mereka (PAS) sebenarnya tidak jauh dari segi watak dan idealisme. PAS dulu mungkin jauh dari UMNO.

“PAS hari ini hampir menyamai UMNO dari segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok sahaja. Itupun bukan soal pokok.

“Jika PAS dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan kebenaran, serta mencegah kemungkaran, mungkin banyak manfaatnya,”katanya melalui status terbaharu di Facebooknya.

Tambah Mohd Asri lagi, disebabkan kegagalan PAS dalam gabungan pembangkang, PAS perlu mencuba untuk bekerjasama dengan UMNO dengan lebih serius.

“PAS telah mencuba bergabung dengan pakatan pembangkang berulang kali, tapi nyata gagal. Gagal disebabkan sifat parti dan idealisme yang dipegang.

“PAS patut mencuba dengan UMNO secara lebih serius. Mana tahu mungkin di sana ada kebaikan untuk umat dan Negara,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");