Sukan Hari Ini

Jin Wei, June Wei teruskan saingan

KUALA LUMPUR: Seperti dijangka dua pemain utama negara – perseorangan wanita Goh Jin Wei (gambar) serta perseorangan lelaki Cheam June Wei – berjaya meneruskan saingan di Kejohanan Remaja Dunia di Peru.

Pada perlawanan berlangsung awal pagi semalam, Jin Wei yang juga pilihan keempat kejohanan menewaskan pemain Denmark Michelle Skodstrup 21-6, 21-6 di pusingan kedua.

Jin Wei kemudian menewaskan pemain Korea Selatan, Ye Rim Shim 21-5, 21-9 pada pusingan ketiga untuk menempah tiket ke pusingan keempat.

Jaguh perseorangan negara, Jun Wei hanya memerlukan 19 minit bagi menewaskan pemain Macau U Leong Lek 21-10, 21-11 untuk mara ke pusingan ketiga.

Mengiringi Jin Wei seorang lagi perseorangan wanita Lee Ying Ying yang menewaskan pilihan ketiga dari Thailand, Supanida Katethong 18-21, 21-14, 21-13 dalam tempoh 51 minit pada pusingan kedua sebelum menewaskan wakil Perancis, Yaelle Hoyaux 21-13, 21-9 pada pusingan ketiga.

Dua lagi pemain perseorangan lelaki negara turut mara ke pusingan ketiga.

Yeoh Seng Zoe menewaskan Lukas Osele dari Itali 21-8, 21-10 hanya dalam tempoh 18 minit untuk menempah tiket ke pusingan ketiga.

Pilihan ke-10 kejohanan, R Satheishtharan tidak berdepan masalah menewaskan wakil Australia Oscar Guo 21-16, 22-20 dalam tempoh 27 minit.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");