Sukan Hari Ini

Kemenangan di Kuantan bantu kemaraan Pahang

JURULATIH Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan menyifatkan Pahang layak ke separuh akhir berdasarkan persembahan menakjubkan sehingga meraih kemenangan 4-1 suku akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebelum ini.

Penyandang juara itu mengisi slot separuh akhir selepas mengakhiri cabaran Lions XII menerusi agregat 4-3 kelmarin.

Dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Lions mencatatkan kemenangan 2-0 namun masih belum cukup mengekang kemaraan Pahang.

“Kami layak untuk ke pusingan berikutnya berdasarkan aksi yang baik di laman sendiri sebelum ini.

“Jika Lions tidak mendapat satu gol di Kuantan, pasti perlawanan hari ini (kelmarin) berbeza,” katanya.

Mengulas kekalahan tersebut, jurulatih berusia 54 tahun itu menjelaskan, dia terpaksa mengubah strategi pada minit terakhir selepas Hafiz Kamal tidak dapat beraksi.

Pahang selepas ini akan bertemu Selangor dalam aksi separuh akhir pertama di Kuantan, Rabu sebelum berkunjung ke Stadium Shah Alam, hujung minggu ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");