Panasnya Hari Ini

Zahid Sahkan Wujudnya Komplot Jatuhkan BN

KUALA LUMPUR: Isu komplot untuk menjatuhkan Kerajaan yang menjadi perbualan ramai sememangnya mencuri perhatian dan pada kali ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kewujudan aktiviti tersebut.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Zahid konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokratik dan melanggar undang-undang negara adalah satu kesalahan besar dan Kerajaan memandang serius akan hal ini.

Beliau juga menegaskan kerajaan tahu bahawa usaha untuk menjatuhkan kerajaan ini akan menjatuhkan ekonomi negara.

Walaupun begitu, beliau tidak mahu mendedahkan maklumat individu yang terlibat dalam komplot tersebut atas alasan faktor keselamatan dan ia masih dalam siasatan pihak polis.

“Bukti-bukti kewujudan aktiviti tersebut tidak dapat didedahkan di atas alasan keselamatan dan pihak polis masih mengumpul maklumat terperinci berkaitan perkara ini.,” ujarnya dalam satu jawapan bertulis.

Kenyataan itu dibuat Zahid apabila ditanya oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nassruddin Hassan mengenai bukti wujudnya komplot untuk jatuhkan kerajaan sehingga membuatkan keyakinan pelabur dalam Malaysia hilang.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");