Sukan Hari Ini

Annuar kekal terajui KAFA

KOTA BHARU – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sedia melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 2008 lalu jika menemui pengganti sesuai untuk mengalas tanggungjawab itu.

Annuar berkata, sebelum ini beliau telah menyatakan ke­sediaannya secara terbuka untuk melepaskan jawatan itu, namun tiada siapa yang tampil pada kongres KAFA ke-61 semalam untuk mengambil alih pengurusan badan tersebut.

“Jika tiada yang mahu, maka saya juga tidak sanggup untuk meninggalkan KAFA begitu sahaja dan meletakkan jawatan bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah.

“Saya ti­dak mahu usa­ha yang telah dibuat selama ini ber­kubur begitu sahaja dengan tindakan melepaskan jawatan itu. Tindakan itu tidak adil kepada bola sepak Kelantan, kalau belum ada, saya terpaksa pikul tanggungjawab itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kongres KAFA ke-61 di Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Pada kongres tersebut Annuar terus diberikan kepercayaan untuk menerajui badan induk bola sepak itu sehingga tahun 2018.

Selasa lalu, Annuar menerusi ­entri laman sosial miliknya memuat naik status kesediaannya untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden KAFA.

Annuar memberitahu, beliau menerima mandat yang diberikan oleh ahli gabungan KAFA dengan hati terbuka dan berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak Kelantan.

Katanya, dalam kongres tersebut, beliau turut memberikan pilihan kepada ahli gabungan me­ngenai hala tuju pasukan Kelantan musim 2016 bersandarkan kepada kewangan yang ada.

“Ahli kongres memutuskan me­reka mahu Kelantan kekal sebagai pencabar utama dalam saingan Liga Super. Kalau kita hendak bermain pada tahap seperti itu Kelantan taka ada banyak pilihan.

“KAFA mesti mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan terpaksa mendapatkan khidmat pemain-pemain yang boleh membawa cabaran untuk saingan 2016,” katanya.

– http://www.utusan.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");