Sukan Hari Ini

Arif- Azriyn lakar kejutan

Kuala Lumpur: Gandingan bidan terjun dari Kelab Badminton Sports Affairs, Arif Latif-Nur Mohd Azriyn Ayub melakukan kejutan apabila menewaskan pasangan beregu muda Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Wee Gieen-Teo Ee Yi untuk muncul juara Grand Prix Akhir Sirkit Kebangsaan semalam.

Berlangsung di Stadium Juara, Arif serta Mohd Azriyn yang hanya digandingkan pada kejohanan ini, terpaksa berhempas-pulas sebelum menang 11-21, 21-15, 22-20.

Arif berkata, dia sendiri tidak menyangka mampu muncul juara bersama-sama Azriyn kerana fokus utamanya adalah menerusi acara perseorangan lelaki.

“Saya tidak fokus untuk acara beregu dan tak sangka juga boleh jadi juara di sini.

“Azriyn pun hanya mula tukar kepada acara beregu sejak dua bulan lalu. Tambahan pula, kami tidak pernah berlatih bersama-sama, jadi kemenangan ini cukup bermakna,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan semalam.

Meskipun sudah berjaya meraih dua gelaran sepanjang bergandingan bersama Azriyn termasuk di Terbuka Perak, tidak pernah terlintas pada fikirannya untuk bertukar ke acara beregu.

“Sebab fokus saya masih lagi acara perseorangan kerana masih banyak lagi impian yang belum tercapai.

“Apapun, saya akan mengadakan perbincangan dulu dengan jurulatih sekiranya mahu mengambil keputusan bermain acara beregu,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");