Jenayah

Balik hantar nyawa

Nilai: “Anak saudara saya baru semalam (kelmarin) pulang ke rumah selepas tiga hari bekerja luar sebagai kelindan lori. Saya percaya penjenayah itu mengekorinya dan tahu dia ke kedai makan itu.

“Kami sekeluarga tidak tahu kenapa mereka membunuhnya. Dia tidak pernah mempunyai musuh tetapi baru saja mempunyai kekasih dua bulan lalu,” kata Kandasamy, bapa saudara kepada G Kasevan, 20, yang maut ditetak dua lelaki bertopeng, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa dan seorang rakan makan di kedai makan di Taman Desa, Mantin, di sini, sebelum diserang dua lelaki bertopeng dan bersenjata parang.

Difahamkan, mangsa yang parah ditetak di kepala dan belakang badan selain tangan kiri hampir putus disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, jam 11 malam kelmarin.

Kandasamy, 46, berkata, anak saudaranya itu keluar rumah di Taman Bunga Raya, di sini, untuk berjumpa rakannya di kedai makan berkenaan.

“Dia didatangi dua lelaki yang menaiki Perodua Viva dan mereka menyerang mangsa menggunakan parang. Anak saudara cuba mempertahankan diri menyebabkan dia cedera parah dan tangan kiri hampir putus.

“Rakannya dipercayai melarikan diri ketika kejadian itu. Pemilik kedai makan terbabit bertindak menghubungi ambulans dan polis sebelum mangsa dibawa ke klinik berhampiran. Akibat cedera parah dialaminya, dia dirujuk ke HTJ dan meninggal dunia dua jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai Deputi Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala, badan dan lengan.

“Polis menerima panggilan jam 9.15 malam sebelum ke lokasi kejadian. Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia jam 12.30 tengah malam,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");