Sukan Hari Ini

Bantu Chong Wei raih emas

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk bekas pemain dalam usaha membantu Datuk Lee Chong Wei (gambar) meraih emas sulung Olimpik Rio tahun depan.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, seluruh negara sudah pasti akan membantu Chong Wei dalam usaha meraih emas sulung Olimpik buat kontinjen negara.

“Melihat kepada prestasi terkini Chong Wei, bukan kami hendak cakap mudah memenangi emas tapi kami berpendirian teguh untuk membantunya. Dalam masa sama kami mengalu-alukan pandangan semua pihak terutama legenda badminton negara dan adik-beradik Sidek bagi mendapat pandangan serta bantuan,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Jelasnya, buat masa sekarang memang BAM sentiasa mendengar rintihan Chong Wei serta skuad perseorangan lelaki negara.

“Mereka memang memerlukan seorang lagi jurulatih tambahan kerana Hendrawan dan Tey Seu Bock akan diberi tugas 100 peratus menjaga Chong Wei. Jurulatih tambahan ini pula harus bertaraf dunia kerana mempunyai tugas untuk mencari pengganti Chong Wei.

“Bermula Januari ini, melalui Program Podium semua pengarah prestasi tinggi akan berbincang dengan Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen untuk membantu Chong Wei mempersiapkan diri menjelang Sukan Olimpik Rio 2016,” katanya.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, beliau juga akan menyediakan program kejohanan untuk Chong Wei tahun depan kerana bukan semua pertandingan akan disertai pemain nombor tiga dunia itu.

Kelmarin, bekas jurulatih Chong Wei, Datuk Misbun Sidek menggesa semua pihak berganding bahu serta menjalankan tugas seiringan dalam membantu Chong Wei meraih emas di Olimpik Rio 2016.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");