Perak Hari Ini

Bukti Perak Mampu Laksana Program Antarabangsa

LENGGONG: Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa Perak mampu menjadi tuan rumah atau tapak bagi penganjuran program antarabangsa meskipun terdapat beberapa pihak yang menyangkal perkara berkenan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Kerajaan Negeri telah membuktikan bahawa negeri Perak juga boleh melaksanakan program bertaraf antarabangsa tersebut.

“Ada yang mempersoalkan tentang pendekatan-pendekatan yang Kerajaan Negeri lakukan terutamanya dengan program-program pengantarabangsaan yang kita lakukan seperti Pangkor International Dialog Development (PULARA), Pesta Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) dan beberapa program lain.

“Tetapi kita telah membuktikan bahawa kita boleh melaksanakan program-program yang bertaraf antarabangsa ini dengan terus menyediakan prasarana-prasarana yang diperlukan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Makanan Tradisional Lenggong 2015, di sini.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri turut merancang dengan menyediakan dewan-dewan konvensyen yang boleh digunakan untuk program bertaraf antarabangsa.

“Sekarang, sebuah pusat konvensyen sedang dibina berhadapan dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan kita harapkan pada hujung tahun hadapan, ia sudah boleh digunakan.

“Semua idea-idea ini akan dapat kita laksanakan kerana ianya merupakan pendekatan baru ekonomi.

“Ianya tidak semestinya berdasarkan kepada satu-satu sektor industri sahaja. Sektor perkhidmatan juga boleh menjadi sumber penting kepada pertumbuhan ekonomi negeri,”jelasnya.

Zambry berkata, perkara yang paling penting adalah semua pihak perlu mempunyai idea-idea yang baik, tetap dan bersesuaian dengan kemampuan serta kelebihan yang terdapat di negeri Perak.

Sementara itu, sempena ucapan tahun barunya, Zambry juga berharap agar negeri Perak akan bertambah maju bersama misi besar iaitu Perak Amanjaya.

“Semoga tahun 2016 ini akan memberikan natijah yang baik dalam kehidupan kita semua dan jadikan Negara kita terus aman damai.

“Kita akan terus memastikan pemantauan dan segala perancangan melalui Perak Amanjaya dapat dilaksanakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");