Jenayah

Curi beg mangsa sedang solat

TANAH MERAH: Seorang pemuda yang cuba mencuri beg jemaah wanita di Masjid Tepi Sungai, dekat sini, Isnin lalu, ketika mangsa sedang menunaikan solat Subuh menerima padah apabila dihukum penjara selama 15 bulan.

Hukuman ke atas Mohamad Fikri Ab Rahman, 25, diputuskan di Mahkamah Majistret Tanah Merah, semalam, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 308 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis daerah ini, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mengikut fakta kes, kejadian curi tersebut berlaku kira-kira jam 6.15 pagi, ketika mangsa berhenti di masjid itu untuk menunaikan solat Subuh.

Menurutnya, sebelum solat, wanita berusia 49 tahun dari Jalan Kubur Lemal, Pasir Mas itu meletakkan beg tangannya yang berisi barangan berharga di hadapan sejadah.

“Semasa sujud terakhir, mangsa terdengar jemaah bersebelahan memekik dengan kuat, lalu mangsa terus bangun dari sujud.

“Bila bangun, mangsa nampak seorang lelaki berpakaian hitam mengambil begnya dan beg seorang lagi jemaah sedang melarikan diri keluar masjid,” kata Suzaimi, semalam.

Suzaimi memberitahu, mangsa kemudian berlari keluar dan mendapati lelaki terbabit berjaya ditahan oleh beberapa jemaah lelaki bersama beg yang cuba dicuri.

“Sepasukan anggota kereta peronda polis (MPV) Zon 8 tiba di tempat pada jam 6.30 pagi dan buat tangkapan semula ke atas lelaki berkenaan.

“Tahanan kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan hasil ujian saringan air kencing, lelaki terbabit positif dadah,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");