Panasnya Hari Ini

Isu Kenaikan Tambang Punca ‘Perbalahan’ Ismail Sabri & Syed Hamid

KUALA LUMPUR: Perbalahan yang berlaku di antara Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar adalah berkaitan dengan isu kenaikan tambang pengangkutan awam.

Pendedahan itu dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Hussin menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke akaun Facebook miliknya, semalam.

Memetik laporan daripada laman portal Free Malaysia Today, Nazir menjelaskan Ismail Sabri hanya bertanyakan mengenai isu kenaikan tambang pengangkutan awam kepada Syed Hamid sama ada ianya dapat dikaji semula berikutan kenaikan itu bagi menjaga kepentingan rakyat.

Menurut Nazir, Syed Hamid perlu bersifat terbuka selain perlu menjawab soalan yang diberi dan kenyataannya (Syed Hamid) bahawa Ismail Sabri adalah seorang menteri yang bongkak dan kurang ajar adalah amat tidak wajar kerana beliau (Ismail Sabri) hanya bertanyakan soalan kepadanya.

“Tidak wajar hanya bertanya isu rakyat beliau (Ismail Sabri) dikecam begitu rupa. Jadi Tan Sri, betulkan keadaan ini,” ujarnya.

Perbalahan ini tercetus apabila sebuah stesen radio menjemput kedua-dua mereka untuk ditemu bual .

Ismail Sabri dalam perbualan singkatnya menyatakan kebanyakan rakyat kini marah dengan kenaikan harga tambang pengangkutan awam dan meminta Syed Hamid dan SPAD mengkaji semula kenaikan itu.

Tindakan itu menyebabkan Syed Hamid berasa tidak berpuas hati dan memuat naik status di akuan Facebook miliknya dengan menyatakan seorang menteri itu sombong dan angkuh.

Syed Hamid tidak menyatakan nama menteri tersebut tetapi kenyataan itu menggambarkan tindakan menteri itu sebagai perkara yang memalukan kerajaan.

Status Syed Hamid ini mendapat respon daripada Nazir Hussin dan beliau tampil mempertahankan Ismail Sabri menerusi akaun Facebooknya dan mendakwa pihak yang sombong dan bongkak itu sebenarnya ialah Syed Hamdi sendiri.

Foto- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");