Panasnya Hari Ini

Kerjasama PAS & UMNO Hanya Kepentingan Masing-Masing

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin merasakan usaha kerjasama dua parti UMNO dan Pas ditafsir oleh Orang Melayu terutamanya hanya sekadar dorongan bagi meneruskan perjuangan masing-masing berbanding kepentingan rakyat.

“Idealisme ini tidak boleh perkecilkan kerana boleh menjadi tsunami jika tidak diberikan perhatian. Kesedaran ini semakin meluas terutama di kalangan generasi baru.

“Orang Melayu melihat gerakan kearah perpaduan Pas dan Umno sekarang ini lebih kerana dorongan kepentingan survival masing-masing berbanding dengan mimpi dan idealisme rakyat,” kata Zainuddin dalam penulis terbaru di blog beliau.

Tambahnya, kedua parti tersebut semakin keruntuhan ideologi yang dipegang selama ini.

“Kelemahan kepimpinan negara dan UMNO sejak Abdullah Badawi hingga kepada Najib telah meruntuhkan prinsip-prinsip negara yang sejak merdeka mengebarkan bendera kebijaksanaan dan kehormatan bangsa dan agama bermaruah.

“Ketamakan kuasa dan kebencian melulu Pas terhadap UMNO telah menjerumuskannya ke lembah kehinaan politik dengan penggadaian prinsip-prinsip utamanya, penjualan maruah parti, (serta) bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral dan tidak Islamik,” katanya.

Presiden UMNO juga dilhatnya masih gagal memulihkan ekonomi negara selain menjawab isu berkisar 1MBD dan wang derma RM2.6 bilion.

Malah beliau turut membidas sikap Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang digambarkannya masih lagi ‘mendabik dada’.

“Tuan Ibrahim masih mendabik dada terhadap kebersihan partinya tanpa menyedari ekornya bergelumang dengan najis. Dia melihat UMNO sebagai biawak tetapi tidak melihat diri Pas sebagai ular berkepala dua,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");