Jenayah

Peniaga sembunyi arak dalam van buruk

KOTA BHARU: Tindakan seorang peniaga menyembunyikan minuman keras dalam sebuah van buruk bagi mengelak dicekup terbongkar selepas tindakan tersebut berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MKPB-BRI).

Peniaga sebuah kedai di Jalan Pengkalan Chepa di sini mulanya cuba berdolak-dalik ketika serbuan dilakukan akhirnya mengaku minuman keras yang ditemui dalam van tersebut adalah miliknya dan dikenakan kompaun di atas kesalahan terbabit.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, MPKB-BRI, Ramly Che Hussain berkata, peniaga berkenaan bertindak ‘licik’ dan beranggapan tindakannya itu tidak dapat dihidu penguat kuasa.

“Namun apabila anggota penguat kuasa cuba memeriksa sekitar kawasan termasuk van terbabit, mereka menemui lapan peti yang diisi dengan 24 botol arak pelbagai jenama termasuk 80 tin arak yang disimpan dalam van terbabit.

“Kita mengesyaki peniaga bukan Islam terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan minuman keras, justeru kesemua arak yang dijual dirampas dalam operasi itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau berkata, kesemua minuman keras yang disimpan di situ dirampas dan pemiliknya boleh dikenakan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil Trade Perniagaan MPKB 1986 (2002).

“Meskipun pemilik premis bukan Islam, begitu juga pelanggannya namun mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menjual minuman itu dan boleh dikompaun jika ingkar.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");