Jenayah

Penyamun parang kontot

Kuala Terengganu: Keberanian seorang gadis melawan seorang lelaki yang cuba menyamun sebuah kedai serbaneka di Pengadang Baru, di sini, berjaya membantutkan niat jahat lelaki berkenaan.

Dalam kejadian jam 1.40 tengah hari, Jumaat lalu, keberanian gadis berusia 19 tahun yang cuba melawan suspek bersenjatakan parang pendek itu menyebabkan lelaki terbabit berputih mata.

Video keberanian mangsa dikenali sebagai Nur tersebar di laman sosial sejak Jumaat lalu yang memaparkan dia mempertahankan kedai milik majikannya dengan menggunakan parang apabila diugut suspek.

Menurut pemilik kedai serbaneka terbabit, Wan Draman Hamid, 52, kejadian dipercayai berlaku ketika solat Jumaat dan penjenayah berkenaan dikatakan sudah memerhatikan keadaan sekitarnya sebelum cuba menyamun premisnya.

Katanya, tindakan mencurigakan suspek yang dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup itu menyebabkan pekerjanya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan kejadian buruk akan berlaku.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");