Sukan Hari Ini

Ronaldo setia bersama Real Madrid

EJEN Cristiano Ronaldo menepis segala dakwaan mengenai pemindahan bintang Real Madrid itu pada masa depan apabila memberitahu pemain itu mahu mengakhiri karier di Santiago Bernabeu.

Khabar angin sebelum ini mendakwa Ronaldo akan berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) pada musim depan selain akan pulang ke kelab lamanya, Manchetser United.

Bagaimanapun ejennya, Jorge Mendes memberitahu bahawa pemenang Anugerah Ballon d’Or tiga kali itu akan berada di Los Blancos sehingga penghujung karier.

“Dia pemain terbaik sepanjang masa dan saya yakin dia akan terus bermain untuk Madrid dalam tempoh enam hingga tujuh tahun lagi malah akan mengakhiri kariernya di sini.

“Dia gembira bersama Los Blancos dan misinya adalah untuk terus membantu kelab itu meraih sebanyak mana kejuaraan.

“Dia akan menggantung but pada usia 40 tahun dan Madrid kelab terakhirnya,” katanya selepas menerima anugerah ejen bola sepak terbaik dunia di Dubai.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");