Berita Hari Ini

Bukan mudah nak gulingkan MB

SHAH ALAM – Bukan senang hendak menyingkirkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sedangkan mereka yang mahu melakukannya belum dapat sokongan minimum pun.

Peguam, Mohd Khairul Azam Abd Aziz berkata demikian ketika mengulas isu Umno Kedah yang menolak kepimpinan Mukhriz.

Beliau menyatakan rasa hairan bagaimana keputusan penolakan itu boleh tercapai dalam ‘sekelip mata’ sedangkan negara ini mempunyai undang-undang yang cukup jelas yang perlu dipatuhi, terutama dalam isu besar seperti itu.

“Dari segi perundangan, Mukhriz masih sah sebagai Menteri Besar Kedah kerana mengikut Perkara 13 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, baginda Sultan Kedah hendaklah melantik seorang menteri besar yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang pada pendapat baginda akan memperoleh sokongan sebilangan besar ahli dewan.

“Sidang media tergempar yang diadakan kelmarin, tidak memperlihatkan jumlah sokongan yang mencukupi di mana ketua-ketua bahagian itu (yang tolak Mukhriz) masih gagal membuktikan bahawa mereka mempunyai sokongan minimum 19 daripada 36 kerusi Dun di Kedah,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Beliau memberitahu, apa yang paling penting ialah Sultan Kedah perlu diberi keyakinan dan bukti bahawa Mukhriz telah kehilangan simple majority daripada sokongan ahli Dun.

“Bukan senang-senang mereka nak turunkan menteri besar. Bukan dengan menunjukkan rasa tidak sokong melalui sidang media begitu sahaja.

“Jika mahu lakukan juga, mereka seharusnya bertindak secara bijak dan mengikut segala proses undang-undang,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");