Panasnya Hari Ini

Lotus Evora 400 Masuki Pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR: Lotus Evora  400 kini telah menembusi pasaran Malaysia juga kini memberi fokus utama kepada ciri rekabentuk pecutan serta menggabungkannya dengan lagenda Lotus bagi pengendalian lebih pantas buat kenderaan tersebut.

Ketua Eksekutif PROTON Holdings Bhd, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata kejayaan memasarkan kereta berkenaan di Malaysia adalah setanding dengan keupayaan kereta tersebut.

“Kami gembira Lotus Evora 400 telah memasuki pasaran Malaysia kerana ia adalah kereta Lotus yang terpantas yang pernah kita hasilkan. Kereta ini lengkap dengan ciri reka bentuknya menarik juga persembahannya, “katanya.

Dengan keupayaan kawalan dinamik dan lebih pantas berbanding model sebelumnya, Lotus Evora 400 mempunyai maksimum 300 kilometer sejam (km/h) serta pecutan 0 sehingga 100km/h dalam hanya 4.2 saat.

Ia adalah hasil ledakan kejuruteraan enjin supercharge V6 3.5 L terbaharunya yang mampu mencetuskan 400 kuasa kuda dan 410 Nm tork.

Lotus Evora baru 400 memiliki ketangkasan yang lebih besar dan jarak yang lebih berbanding model sebelumnya malah berat keseluruhannya telah berkurangan sebanyak 42 kilogram berjaya dicapai menerusi reka bentuk yang teliti dan perhatian terhadap perinciannya.

????????????????????????????????????

Ia juga mempunyai lebih kuasa dan spesifikasi standard yang lebih tinggi daripada sebelum ini yang meningkatkan lagi daya tarikannya.

“Lotus Evora 400 pertama membuat kemunculan sulung di Geneva Motorshow pada Mac tahun lepas, dan kini ia telah sampai ke pasaran Malaysia, Lotus Cars Malaysia akan menawarkan pakej promosi yang termasuk 3 tahun jaminan, 2 tahun perkhidmatan percuma, pengalaman di Akademi Memandu Lotus dan keahlian secara automatik bagi Lotus Rasmi Club Malaysia (LOCM).

Bagi 30 pembeli kereta pertama juga akan menikmati harga promosi istimewa Lotus Evora 400 ini,” katanya.

Model ini ditawarkan pada harga runcit permulaan RM597,999 untuk transmisi manual, manakala transmisi automatik bermula dari RM610,999.

Buat peminat kereta yang menggemari kereta jenis prestasi tinggi dan pengalaman memandu berbeza boleh mengunjungi Lotus Cars Malaysia Jalan Damansara atau hubungi Pengurus Utama di talian 03-7725 0182.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");