Panasnya Hari Ini

Hanya Ada Sedikit Perubahan Dalam Senarai Portfolio Exco- Ahmad Bashah

KUALA LUMPUR:Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan hanya terdapat sedikit perubahan dalam senarai portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang diumum hari ini.

Memetik sumber Bernama, Ahmad Bashah kini memegang portfolio pernah dipegang bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, iaitu Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan.

“Lima exco mengalami sedikit pertukaran dan pertambahan portfolio, manakala selebihnya kekal dengan portfolio sebelum ini,” kata Ahmad Bashah dalam sidang media di Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Alor Setar.

Lima Exco berkenaan ialah Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd. Rahman Ku Ismail – Exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi dan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand IMT-GT); Adun Tanjung Dawai Datuk Tajul Urus Mat Zain (Exco Pendidikan, Pengangkutan, Badan-Badan Bukan Kerajaan).

Adun Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim (Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga); Adun Ayer Hangat (Exco Agama, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya); dan Adun Gurun Datuk Dr Leong Yong Kong (Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan).

Empat exco kekal dengan portfolio sebelum ini iaitu Adun Jitra Datuk Aminuddin Omar sebagai Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan; Adun Belantik Datuk Mohd Tajudin Abdullah (Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan).

Adun Bandar Baharu Datuk Noorsabrina Mohd Noor (Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Maklumat); dan Adun Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob kekal sebagai Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan dan Usahawan, Kebajikan Masyarakat.

Ujarnya, perubahan ketara dalam senarai tersebut melibatkan Dr Ku Rahman yang memegang portfolio baharu iaitu Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT), dan Tajul memegang portfolio Badan-Badan Bukan Kerajaan yang sebelum ini dipegang Badrol.

Manakala Dr Leong pula memegang portfolio Hal Ehwal Masyarakat Siam yang sebelum ini dipegang Mohd Rawi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");