Membawang Hari Ini

Demam terkejut

Tidak pernah terfikir akan bergelar pelakon, Mohd Safiq Arshad yang cacat penglihatan tak menyangka filem Tulus Ikhlas menjadi pembuka jalan kepadanya.

Memegang watak Adi, dia yang bekerja di kedai percetakan di ibu kota tidak kekok, sebaliknya selesa bergandingan dengan rakan karibnya, Azmi Bahron.

Menerusi filem yang diadaptasi daripada sebuah iklan itu, Safiq berkawan baik dengan Azmi sejak kecil dan mereka membesar di rumah anak yatim.

“Tidak pernah terlintas di fikiran saya akan jadi pelakon. Apabila dapat tahu produksi mencari pelakon untuk watak lelaki cacat penglihatan saya sekadar mencuba nasib.

“Saya hadir uji bakat sama seperti orang lain dan tidak sangka terpilih,” katanya.

Berkongsi pengalaman menjayakan filem itu, Safiq mengakui dia gementar kerana tiada pengalaman.

“Hari pertama di lokasi penggambaran, saya gemuruh dan tidak lama kemudian demam. Mungkin cuaca yang tidak menentu dan terkejut dengan waktu penggambaran.

“Ambil masa juga untuk sesuaikan diri dengan jadual kerja yang panjang, namun saya bertuah kerana pengarah dan kru banyak membantu sepanjang penggambaran,” katanya.

Safiq turut memaklumkan meskipun diberi skrip, dialog banyak dilontarkan secara spontan dan tidak menyangka ia menepati kehendak pengarah.

“Sebagai orang baru, banyak benda yang saya tak tahu dan kena belajar dengan cepat di lokasi.

“Saya bersyukur kerana pengarah suka dengan dialog spontan saya.

“Harap penonton pun suka dan dapat menerima kehadiran saya. Andai ada tawaran berlakon lagi selepas ini, saya mahu,” katanya.

Tulus Ikhlas yang bakal bersiaran di Astro First Ekslusif (saluran 480) bermula 20 Februari ini adalah filem arahan pertama Hafiz Ibrahim.

Selain dibintangi Safiq, filem ini turut membariskan pelakon hebat seperti Azri Iskandar, Marissa Yasmin dan Rahim Omar.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");