Panasnya Hari Ini

Peguam Negara Batal Pertemuan Dengan SPRM

KUALA LUMPUR: Pertemuan diantara Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dengan dua panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dijadualkan pada petang ini telah dibatalkan.

Memetik sumber daripada mstar, salah seorang ahli panel SPRM tersebut telah mengesahkan bahawa Mohamed Apandi telah membatalkan mesyuarat tersebut atas alasan yang tidak diketahui.

Memetik sumber itu lagi, panel berkenaan juga berharap agar dapat bertemu dengan Peguam Negara selewat-lewatnya pada 24 Februari ini.

Terdahulu, sumber yang mengetahui tentang mesyuarat yang akan diadakan itu berkata, Mohamed Apandi ‘berkemungkinan besar’ akan ditanya mengenai keputusannya terhadap SRC International dan derma politik sebanyak RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 26 Januari lalu, Mohamed Apandi mengumumkan bahawa Najib bebas daripada sebarang salah laku jenayah berhubung kes SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.

Berikutan itu, beliau mengarahkan agar kes tersebut ditutup.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");