Sukan Hari Ini

FAM belum terima aduan kekecohan

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga semalam masih belum menerima laporan rasmi berhubung insiden kekecohan yang dicetuskan penyokong di Stadium Perak dan Stadium Darul Aman, kelmarin.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pasukan susulan provokasi di Perak dan pembakaran suar di Kedah.

“FAM belum terima aduan, kalau dah dapat laporan saya akan bagi komen berkenaan tindakan susulan yang akan diambil terhadap penyokong pasukan yang ingkar arahan,” katanya ringkas.

Dalam pertembungan Perak dan Selangor kelmarin, seorang anggota polis dan dua penyokong Selangor cedera di kepala dalam kekecohan di luar Stadium Perak sejurus tamat perlawanan Liga Super.

Kekecohan dipercayai tercetus selepas timbul provokasi antara kedua-dua penyokong sebaik keluar dari stadium, disusuli tindakan memaki hamun sebelum kejadian membaling objek seperti batu, botol kaca dan botol plastik.

Dalam perlawanan kedua saingan Liga Super itu, pasukan The Bos Gaurus tewas kepada Red Giants 0-1.

Sementara, insiden di Stadium Darul Aman timbul apabila kumpulan penyokong yang dipercayai pro-Mukhriz menyalakan suar sehingga hampir menimbulkan kekecohan sebagai tanda sokongan terhadap bekas menteri besar itu.

Selain itu, penyokong Kedah turut menggantung banting Hidup Mukhriz selepas tamat perlawanan antara Kedah menentang Terengganu FA di Stadium Darul Aman, Alor Setar, kelmarin dengan keputusan memihak Kedah 1-0.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");