Panasnya Hari Ini

Mat Sabu Label Melayu Sebagai Bodoh – Lapor Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, bangang dan bahalol dalam satu majlis bersempena Sambutan Tahun Baru Cina di Sungai Petani, malam tadi, lapor Utusan Malaysia.

Jelas Mat Sabu, ini adalah kerana orang Melayu, terutamanya golongan kelas pertengahan menjadi faktor utama kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu.

“Yang paling saya kecewa ialah kelas pertengahan Melayu. Mereka inilah yang susah berubah. Makan gaji sikit, jadi pegawai kerajaan sikit, pertahan pemerintah rasuah. Ini yang saya marah, saya baling mikrofon pada malam itu.

“Tahun 2013, undi Melayu turun sedikit. Meningkatnya sokongan kepada kita sebanyak 52 peratus kerana undi orang Tionghua dan orang India. Tahniah kepada kaum Tionghua atas kesedaran politik.

“Orang Melayu kenapa tak mahu berubah? Takutkah kalau UMNO jatuh, Cina perintah Malaysia? Kenapa bodoh, bodoh, bodoh?” katanya kepada hampir 250 tetamu yang hadir.

Mat Sabu juga turut dilaporkan oleh akhbar berkenaan membuat tuduhan keras kepada pegawai kerajaan.

“Apabila orang Cina hendak ambil alih Malaysia melalui pilihanraya boleh atau tidak? Tetapi berapa ramai pegawai kerajaan boleh percaya? Bangang bin bodoh bin bahalol.

“Tak boleh! Orang Cina hanya boleh memerintah sama ada bersama BN atau pakatan pembangkang. Mereka tidak boleh memerintah bersendirian,”tegasnya.

Mat Sabu juga turut mendakwa bahawa semua itu adalah ‘racun’ yang dimasukkan biro tatanegara dan Cawangan Khas (SB).

“SB kerjanya itulah, kata bekas ahli DAP, Razali (Mohamed Razali Abdul Rahman) diiringi oleh polis pergi berbohong pegawai kerajaan,”ujarnya.

Mat Sabu kemudiannya membuat perbandingan diantara sikap rakyat Malaysia yang menolak demonstrasi untuk menjatuhkan pemimpin di sesebuah negara.

“Di Filipina rakyat berdemonstrasi hingga Marcos jatuh. Di Indonesia, para pelajar berdemonstrasi sehingga mati enam orang tetapi akhirnya menjatuhkan Suharto dan memulakan era demokrasi.

“Di Thailand rakyat berdemonstrasi menjatuhkan Yingluck Shinawatra sementara di Burma mereka tumbangkan rejim tentera. Rakyat Malaysia bila? Demonstrasi pun tak mahu, pilihan raya pangkah lagi BN. Bodoh, bangang, ba­halol,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");