Sukan Hari Ini

Kai Xiang sekadar raih tempat ke-11

Kuala Lumpur: Wakil tunggal Malaysia Chew Kai Xiang hanya mampu meraih tempat ke-11 acara ‘figure skating’ bagi kategori lelaki pada Sukan Olimpik Remaja Musim Sejuk 2016 di Lillehammer, Norway, Isnin lalu.

Sota Yamamota dari Jepun memenangi pingat emas dengan mengutip 215.52 mata manakala perak dan gangsa, masing-masing dimenangi atlet Latvia, Dennis Vasiljevs (214.43) dan Dmitri Aliev dari Russia (209.77).

Dalam acara yang diadakan pada 13 Februari itu, remaja berusia 16 tahun itu meraih 46.53 mata dan tambahan 90.94 mata dalam acara ‘free skating’ dengan jumlah keseluruhan 137.47 mata.

Seramai 16 peserta mengambil bahagian pada kejohanan itu.

Untuk rekod, Chew pernah memenangi Trofi Pembangunan Figura Luncur Ais Dunia oleh Kesatuan Luncur Ais Antarabangsa (ISU) bagi rantau ASEAN yang diadakan di Kuala Lumpur selain tempat kedua Trofi Figura Luncur Ais Terbuka Asia di Bangkok, Thailand tahun lalu. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");