Panasnya Hari Ini

KDNK Malaysia Antara Yang Terbaik Di Rantau ASEAN

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan rasa syukur beliau kerana Malaysia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya meletakkan negara ini antara yang terbaik di rantau ASEAN.

“Alhamdulillah, Malaysia telah mencatat pertumbuhan KDNK pada kadar lima peratus untuk tahun 2015 walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang mencabar dan tidak menentu.

“Pencapaian ekonomi Malaysia ini meletakkan kita diantara yang terbaik di rantau ASEAN,”katanya menerusi catatan terbaharu di blognya, najibrazak.com.

Namun, kata Najib lagi, kerajaan akan terus mengambil langkah proaktif untuk menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita tidak harus leka tetapi sebaliknya perlu terus mengambil langkah proaktif untuk menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat agar tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Saya yakin kita akan dapat mengharungi cabaran ekonomi global dan memastikan ekonomi Malaysia kekal kukuh dan stabil pada landasan yang tepat,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");