Isu Panas

Pas yakin sokongan Cina kekal

KUALA TERENGGANU: Pas yakin sokongan dan kerjasama ditonjolkan masyarakat Cina terhadap parti itu, khususnya di Terengganu masih kekal sehingga kini.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun ada pihak cuba memburukkan Pas bagi mengalih perhatian kaum Cina, beliau yakin ia tidak sesekali menjejaskan kerjasama sedia ada.

Menurutnya, sebagai sebuah parti yang pernah dua kali mentadbir Terengganu, tidak pernah timbul masalah membabitkan kaum atau agama di negeri ini apabila Pas membuktikan dasar pentadbiran sebagaimana dituntut Islam, khususnya memberi layanan saksama kepada semua.

“Masyarakat di Kampung Cina, Kuala Terengganu tentu masih ingat polisi Pas yang memberikan kemudahan dengan tidak mengenakan cukai kepada ‘pintu gerbang’ di kampung itu, bahkan kerajaan Pas juga tidak mengutip cukai pintu bagi rumah kediaman.

“Dasar Islam kerajaan Pas juga turut menyampaikan hasrat penduduk Tionghoa di bandar Chukai, Kemaman, yang sekian lama mahukan sebuah tapak bagi rumah mayat, yang akhirnya berjaya dibina dan masih kekal ada sehingga ke hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina dan berharap semua rakyat bersama-sama parti itu membuat perubahan khususnya menjelang PRU14 akan datang.

Melalui dasar dilaksanakan pihaknya sebelum ini, beliau yakin Pas dapat melaksanakan pentadbiran lebih baik dan lebih banyak perubahan dapat dibuat pada masa depan.

“Kami yakin akan dapat melaksanakan lebih banyak perubahan, untuk kehidupan masa hadapan yang lebih baik bagi warga dan rakyat Terengganu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");