Perak Hari Ini

Kongsi Visi Yang Sama Untuk Pembangunan Di Perak

IPOH:Menerusi perbincangan, kerjasama dan perkongsian visi dan misi yang sama adalah antara intipati yang diberi penekanan dalam usaha memajukan negeri Perak daripada segala segi.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Ipoh dahulunya disifatkan sebagai ‘pekan mati’ kini telah mengalami perubahan yang boleh dibanggakan atas usaha bersama.

“Jika kita dapat bersama, berkerjasama,berkongsi visi untuk membangunkan negeri Perak dan akhirnya inilah hasil yang kita dapat,” katanya ketika ditemui media di majlis Perayaan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di Hotel Riverfront, hari ini.

Tambahnya lagi, pengajuran majlis tahun baru oleh PCCCI merupakan acara tahunan di negeri ini yang melibatkan semua pihak termasuk ahli politik kerajaan dan pihak pembangkang.

“Kerjasama dan hubungan yang baik di antara PCCCI dan kerajaan negeri telah terjalin sekian lama,” katanya lagi.

Tambahnya, perubahan pemikiran minda juga adalah sangat penting, bukan hanya melibatkan kerajaan malah dari sektor perniagaan.

“Masing-masing dapat kerja bersama-sama dan berkongsi visi bersama serta mengetengahkan aspek yang baharu.

“Kita perlu melihat dari aspek yang lebih inovatif dan kreatif berdasarkan cabaran ekonomi yang perlu dihadapi,” katanya lagi.

Ujarnya, aspek pendidikan dan pelacongan kesihatan antara yang diberi penekanan kini untuk dibangunkan kelak.

“Kita berusaha menjadikan Perak sebagai pusat pelancongan kesihatan dengan mengadakan pelbagai perbincangan dengan pemain-pemain industri yang terlibat dalam industri perubatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");