Sukan Hari Ini

LTdl 2016 janji kemenangan

PELUMBA basikal profesional Terengganu Cycling Team (TSG), Anuar Manan yakin suntikan dana yang disalurkan menerusi Tabung Pembangunan Sukan Negeri Terengganu (TPSNT) akan membakar semangat atlet negeri itu.

Anuar yang bakal menyertai Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016 Edisi 21 bermula 24 Februari hingga 2 Mac berkata, TSG menyambut baik khabar gembira itu akan menaikkan semangat mereka untuk lebih berjuang memburu kejuaraan.

“Kami dah sedia 100 peratus dari segi mental dan fizikal selepas menjalani latihan di Chiang Mai, Thailand, sekarang dalam proses pemulihan sebelum bermula saingan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran TPSNT di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Menurut pelumba basikal profesional itu meskipun laluan getir, Genting Highland tidak ada dalam edisi kali ini namun masih terdapat beberapa laluan berbukit yang perlu didaki pelumba.

“Walaupun tak ada pendakian kat Genting Highland tapi difahamkan banyak bukit untuk mengantikan laluan pendakian.

“Setiap peringkat memang ada pendakian sekurang- kurangnya tiga kilometer bagi setiap stage ditambah pula dengan pasukan pencabar yang tak kurang hebat misalnya dari Singapura bagi saingan yang sengit,” katanya.

Namun, kata Anuar dengan kekuatan yang ada kini iaitu jurulatih baharu dari Slovakia, Adam Szoba, tajaan meningkat, program dan pengurusan baharu.

“Ditambah empat pelumba import dari New Zealand,Mongolia dan Indonesia untuk memperkemas acara pendakian bagi pasukan TSG

“TSG akan memburu jersi raja pecut dan pasukan terbaik Apa pun kita perlu perkemas pasukan, baca corak pesaing untuk mara,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");