Panasnya Hari Ini

Mahathir Tidak Akan Gagal- Ling Liong Sik

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyatakan keyakinannya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjaya dalam kempen menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Beliau menyatakan kenyakinan bahawa tindakan Mahathir kerana apa yang diperkatakannya selaras dengan ajaran kitab-kitab agama.

“Saya telah baca buku-buku agama.

“Allah, Jesus, Buddha dan dewa-dewa Hindu mengatakan adalah tidak betul untuk mengambil wang orang lain dan memasukkannya ke dalam akaun kita sendiri.

“Hanya Najib kata ini adalah betul,” katanya pada sidang akhbar di Kajang, Selangor memetik sumber Malaysiakini.

Tambahnya lagi, mereka yang mempunyai pandangan yang sama seperti tuhan tidak akan gagal dalam usaha mereka.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pengkritik yang merasakan bahawa bekas perdana menteri itu sudah semakin mendiamkan diri.

“Oleh itu, (apa yang dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai kegagalan sebenarnya) sebahagian daripada perjalanan ke arah kemenangan,” katanya.

Terdahulu, Mahathir menegaskan beliau tidak akan berputus asa dan berikrar akan terus mendesak Najib supaya meletakkan jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");