Berita Hari Ini

Pegawai kerajaan perlu hati-hati beri kenyataan media

KUALA LUMPUR – Setiap pegawai kerajaan perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kepada media, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Menurut beliau, walaupun dunia ini terbuka untuk bersuara, setia pegawai kerajaan perlu mengetahui had mereka dalam mengeluarkan sesuatu kenyataan kepada pihak media.

“Ini kerana, dalam pentadbiran sesebuah kerajaan itu telah menetapkan pegawai gred-gred tertentu yang lebih layak untuk memberi kenyataan kepada media,”katanya kepada Sinar Harian selepas Diskusi Santai Ekstremisme Agama di Malaysia yang diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) semalam.

Shahidan dilaporkan berkata demikian retetan daripada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) yang sebelum ini bertugas di Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Kementerian Dalam Negeri (KDN)?.

Zamihan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan bahawa beliau menerima surat pertukaran ke Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) berikutan daripada isu kontroversi debat antara beliau dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Dalam pada itu, Shahidan memaklumkan bahawa debat berkenaan sewajarnya diadakan secara terbuka memandangkan sekiranya dibiarkan berlalu sebegitu sahaja, pandangan sesuatu pihak tersebut dibimbangi akan terus menjadi hukum dalam agama.

Shahidan berkata, beliau terlibat dalam mengetengahkan kedua-dua pihak (Zamihan dan Asri) sebelum ini adalah bagi mengajak kepada perkongsian wancana ilmu dan bukannya sebagai medan debat.

“Saya mengusulkan supaya diadakan wacana ilmu dan bukannya debat.

“Ini bukan pertama kali berlaku malahan dulu Ustaz Asri juga pernah berwacana bersama pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias.

“Jadi tak ada masalah malahan rakyat lagi gembira untuk mendengar pandangan yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak,” katanya.

Memandangkan isu tersebut membabitkan keselamatan negara, Shahidan berharap agar tiada pihak mempertikaikan portfolia yang dibawa olehnya memandangkan beliau terlibat secara lansung dalam pembentangan rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Parlimen.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");